Saya, Syed Fariz Alqadri, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Meiji University, Tokyo, Jepun. Saya pernah berkhidmat sebagai Pengurus di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di sebuah syarikat multinasional sebelum saya menceburkan diri sebagai seorang Perunding Kewangan Islam sepenuh masa yang komited dalam membantu masyarakat merancang kewangan secara bijak, beretika dan patuh Syariah.
Kini, setelah lebih 10 tahun, saya telah membantu menyediakan khidmat nasihat hampir 1000 pelanggan dan lebih 2000 permohonan didaftarkan di bawah takaful, unit trust serta perancangan pusaka Islam (wasiat, hibah dan faraid). Saya berazam untuk menjadi rakan perunding yang dipercayai dalam merancang masa depan kewangan bagi yang memerlukan.
Misi saya mudah iaitu memberikan panduan kewangan yang jelas, mudah difahami dan praktikal, agar dapat mencapai ketenangan dan kestabilan kewangan yang sebenar, sama ada untuk diri sendiri, keluarga mahupun legasi masa hadapan. Saya pegang kepada “Need-base Selling” atau pun “Jualan berasaskan Keperluan”, iaitu kenal pasti keperluan dan baru memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Saya bersedia untuk membantu sesiapa sahaja merancang perlindungan takaful, melabur secara patuh Syariah serta menyusun perancangan harta pusaka Islam secara teratur dan bersistematik.
Ayuh bersama saya, kita mulakan perjalanan kewangan yang lebih tenang, terancang dan penuh keberkatan.