Antara Kelebihan Medikal Kad

1️⃣ Cashless Admission

Tak perlu keluarkan duit sendiri semasa masuk hospital panel. Hanya tunjuk kad perubatan dan proses kemasukan jadi lebih mudah.

2️⃣ Perlindungan Bil Hospital Tinggi

Kos rawatan sekarang makin mahal. Medical card bantu cover bil pembedahan, ICU, rawatan pakar dan lain-lain.

3️⃣ Akses Hospital Swasta

Boleh dapatkan rawatan lebih cepat dan selesa di hospital swasta tanpa perlu tunggu lama seperti di hospital kerajaan.

4️⃣ Perlindungan Sepanjang Tahun

Coverage biasanya meliputi rawatan kemalangan dan penyakit (bergantung kepada pelan) dengan had tahunan yang tinggi.

5️⃣ Lindungi Kewangan Keluarga

Elakkan guna simpanan, jual aset atau berhutang bila berlaku kecemasan perubatan.

PWC vs NCC

Terdapat 2 jenis CLAUSE yang digunakan oleh syarikat takaful bagi produk medikal kad yang ada di pasaran. Great Eastern menggunakan klausa NCC.

 

1️⃣ Portfolio Withdrawal Clause (PWC)

Syarikat BOLEH menarik balik mana-mana manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian.

 

2️⃣ Non-Cancellable Clause (NCC)

Syarikat TIDAK BOLEH membatalkan mana-mana manfaat perubatan selagi pelanggan membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation).

 

Kita perlu menjadi pengguna yang bijak dengan memilih klausa yang menyebelahi kita iaitu NCC. Tanya kepada ejen sebelum setuju dengan pelan yang dikongsikan. Sebagai rujukan, pelan medikal kad PWC selalunya jauh lebih murah berbanding dengan NCC. Jadi, jangan mudah bersetuju dengan pelan medikal yang kelihatan murah tanpa memahami apa yang ditawarkan.

Level vs Step-Up Contribution

1️⃣ Level Contribution

Maksudnya:
Caruman (bayaran bulanan/tahunan) adalah kekal sama sepanjang tempoh pelan.

 

Ciri-ciri:

  • Bayaran konsisten (contoh: RM150 sebulan dari tahun pertama sampai umur 80 tahun)
  • Senang untuk perancangan bajet
  • Biasanya lebih stabil untuk long term

Kelebihan:

  • Tak terkejut dengan kenaikan caruman

  • Sesuai untuk yang mahu komitmen tetap

  • Mudah buat perancangan kewangan keluarga

Kekurangan:

  • Caruman awal mungkin sedikit lebih tinggi berbanding step-up


2️⃣ Step-Up Contribution

Maksudnya:
Caruman bermula rendah, kemudian akan naik secara berkala (contoh setiap 5 tahun atau ikut umur).

 

Ciri-ciri:

  • Tahun awal lebih murah

  • Caruman meningkat ikut jadual tertentu

  • Sesuai untuk yang jangka income akan meningkat

Kelebihan:

  • Ringankan komitmen awal

  • Fleksibel untuk orang muda / baru bekerja

Kekurangan:

  • Bila umur meningkat, caruman boleh jadi agak tinggi

  • Perlu disiplin dan perancangan jangka panjang

Jenis-jenis Pelan Medikal Kad GETB

1️⃣ iGreat Evo – MediShield Rider
2️⃣ iGreat Evo – MediEvolusi Rider

Kedua-dua pelan ini adalah jenis Level Contribution dan NCC. Lihat ilustrasi di bawah.

 

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut, dan boleh tuliskan sebarang soalan di ruang komen di bawah.

Ilustrasi Manfaat
Ilustrasi Manfaat (sambungan)
Manfaat rawatan pesakit luar tambahan

Hubungi Kami


Syed Fariz Alqadri
019-4723835
syedshafariz@gmail.com

Alamat Agensi:
No 5-1, Jalan Dagangan 11,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.