Kenapa Perlu Menilai Polisi?
Polisi takaful atau insurans yang anda ambil dahulu mungkin sudah tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa.
Melalui sesi review polisi, kami akan:
✔️ Semak manfaat dan perlindungan sedia ada
✔️ Kenal pasti jurang perlindungan (protection gap)
✔️ Nilai kesesuaian pelan dengan komitmen kewangan semasa
✔️ Cadangkan penambahbaikan jika perlu
Perkara Yang Dinilai Semasa Review Polisi
Antara aspek penting yang kami teliti:
1️⃣ Jumlah Perlindungan (Sum Covered)
Adakah ia mencukupi berdasarkan pendapatan dan komitmen semasa?
2️⃣ Manfaat Perubatan & Had Tahunan
Masih relevan dengan kos perubatan terkini?
3️⃣ Perlindungan Penyakit Kritikal
Jumlah pampasan mencukupi untuk tampung kos rawatan dan kehilangan pendapatan?
4️⃣ Tempoh Perlindungan
Sampai umur berapa perlindungan aktif?
5️⃣ Penama / Hibah
Adakah penama masih tepat dan selari dengan perancangan pusaka?
6️⃣ Kemampuan Caruman
Adakah caruman masih selesa dengan aliran tunai semasa?
7️⃣ Matlamat Kewangan Semasa
Perkahwinan, anak, rumah, persaraan – adakah pelan menyokong fasa kehidupan sekarang?
📌 Review adalah percuma dan tanpa komitmen
Pendekatan Kami
Di Syed Fariz Advisory, sesi Review Polisi dilakukan secara sistematik dan berstruktur — bukan sekadar semakan ringkas, tetapi analisis menyeluruh terhadap kedudukan perlindungan kewangan anda.
Kami membantu anda memastikan pelan yang dimiliki benar-benar:
✔️ Relevan
✔️ Mencukupi
✔️ Efisien
✔️ Selari dengan prinsip kewangan Islam
Kami tidak mencadangkan perubahan tanpa sebab. Sebarang penambahbaikan hanya dibuat jika ia memberi nilai tambah yang jelas kepada pelanggan.
